12 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

Masyarakat yang menganggap keputusan membeli kereta terpakai sebagai tidak berbaloi. Seringkali apabila kita terfikir dan berhasrat untuk membeli kereta terpakai dengan alasan bajet atau mahu berjimat.

Kos senggara tinggi, bahaya kalau terbeli kereta kemalangan, kereta cepat rosak, faedah bank tinggi dan nampak lekeh memandu kereta terpakai kerana anda seorang eksekutif.

Tetapi, apakah mereka peduli tentang ansuran bulanan dan kos lain yang perlu anda tanggung sehingga tempoh pinjaman. kami akan membantu anda memilih kereta terpakai yang berbaloi.

1. TETAPKAN BAJET

Anda perlu tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar jauh tanpa arah tujuan. Sekiranya bajet cuma Proton Saga tidak perlulah anda membuang masa untuk melihat senarai harga kereta yang lain

 

2. Membuat carian dalam Online

Buat carian di dalam web seperti Mudah, Carlist atau beli majalah seperti Motortrader. Meneruskan tetapan had bajet RM20k, anda secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.

 

3. Hadkan Tahun Pengeluaran 5 Tahun Ke Bawah

Memang banyak pilihan kereta dengan bajet RM20k. Anda mungkin rambang mata. Tetapi jika anda mencari kereta yang kurang ragam, mungkin anda perlu kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun (2013). Ini cuma opsyen. Sebenarnya ada saja kereta berusia lebih 5 tahun dalam kondisi baik. Tetapi, anda sekarang sedang cuba mengurangkan risiko.

 

4. Semak Perbatuan (Mileage)

Kereta yang jauh atau kerap berjalan, secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.

 

5. Curiga Harga Murah

Jangan cepat teruja jika ada kereta dijual dengan harga yang sangat murah. Sesiapa pun mahu menjual kereta mereka pada harga tinggi atau harga pasaran. Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah disebabkan pernah kemalangan teruk, perbatuan terlalu tinggi dan sering bertukarpemilik sehingga 3-4 orang. Kereta mungkin terlihat cantik tetapi ragam sebenar mula kelihatan selepas beberapa bulan memandu.

 

6. Cari Pemilik Sebenar

Inilah untungnya jika membuat carian secara online. Anda dapat mencari kereta yang dijual oleh pemilik terus. Kenapa perlu pemilik terus? ini kerana mereka tidak pandai menipu. Anda boleh cuba mengorek rahsia keretanya atau menyoal apa sahaja berkemungkinan pernah mengalami kemalangan, bertanyalah kepada pemilik kereta mengenai kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya mengenai alat ganti yang pernah atau baru ditukar.

Harga pemilik sebenar berkemungkinan sedikit mahal akan tetapi masih ada ruang rundingan. Tambahan lagi jika anda datang dengan kuasa tunai.

 

7. Minta Jadual Servis

Pemilik yang menyimpan buku jadual servis, termasuk resit alat ganti atau baik pulih ialah mereka yang peduli tentang kereta. Ada pemilik yang menjadikan pusat servis sah sebagai bengkel rasmi dan ada yang sekadar menyenggara kereta di bengkel biasa. Terpulang kepada anda asalkan dia dapat berikan jadual rutin servis  yang lengkap.

Maklumat servis sangat penting untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin?

 

8. Periksa Rupa Luaran Dan Dalaman

Anda perlu cerewet sedikit walaupun bukan kereta baharu. Lihat luaran dan dalaman kereta. Warna kereta mungkin pudar sedikit, tetapi janganlah teruk sangat ada kemek di sana sini. Kerusi biarlah bersih dan tiada kesan tompokan air tumpah merata-rata.

Minta diskaun cucian dan gilap menelan belanja hingga RM200, cat penuh seluruh badan kereta memerlukan RM1k sehingga 2k, manakala upah mengetuk badan kereta bermula serendah RM150 ke atas (mengikut tahap kemek) Minta pengurangan harga jika pemilik tidak mahu perbetulkan.

 

 

9. Periksa  Kelengkapan Dan Peralatan

Pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:

  • Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus. lampu kabin dan amaran
  • Penyaman udara
  • Hon
  • Radio dan pemain cakera padar(CD)
  • Hendal pintu dan glove-vox (laci dasboard
  • Tuil atau penetap cermin sisi
  • Suis tingkap kuasa
  • Soket 2.4V / palam pencucuh rokok
  • Tuil tangki minya, bonet dan but
  • Pelaras kerusi dan tali pinggang keleder
  • Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)

 

10. Periksa Enjin

Jangan terus hidupkan enjin kenderaan anda. Ada perkara penting yang perlu diperiksa. Contohnya:

Buka bonet dan pastikan:

  • Tiada kesan minyak bocor.
  • Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus.
  • Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh haus dan rosak.
  • Tiada bahan asing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.
  • Tiada bahan asing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat ada serbuk besi dan lain-lain)

Hidupkan enjin dan pastikan:

  • Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain.
  • Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.
  • Tekan minyak pada 3,000RPM, 4,000RPM dan 5,000RPM. Setiap tahap dibuat secara urutan (rev) enjin, iatu tekan hingga mencapai tahap RPM diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter RPM untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar tidak tersekat atau terbatuk.

 

11. Pandu Uji

Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.
  • Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.
  • Redah kawasan tidak rata. Sama juga dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.
  • Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng dan sistem suspensi.
  • Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear 1-5/6 dapat ditukar dengan lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.

 

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

    You may also like...