5 Sebab Kenapa Perlu Memasang Tinted Pada Cermin Kereta

      1. Mencegah dari sinaran UV

Di dalam beberapa tahun penggunaan kereta, cat kereta akan menjadi akan menjadi pudar dan retak, ini disebabkan oleh tindak balas sinaran cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat berbahaya kepada anda dan sinaran ini mampu masuk ke dalam kereta yang pasang tinted. Pada yang menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja pastinya sinaran UV yang tembus ke kereta anda akan membuat kulit anda rosak dan juga akan memudarkan tona warna kulit anda yang terkena sinaran UV.

 

       2. Perlindungan privasi

Pemasangan tinted juga dikatakan untuk perlinddungan privasi. Sekiranya anda mempunyai barang berharga yang tanpa anda sedaro telah tertinggal di dalam kereta, orang ramai tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan anda kerana keadaan cernib gelap yang agak sukar dilihat. Ia juga sangat penting buat kaum wanita khususnya terutama ketika memandu di waktu malam. Risiko untuk di ganggu oleh samseng jalanan yang kebiasaanya akan menyasarkan kaum wanita sebagai mangsa berkurang kerana mereka tidak dapat melihat pemandu di dalam adalah lelaki mahupun perempuan.

3. Ketahanan cermin lebih baik

Sekiranya kereta yang terlibat dengan kemalangan itu melakukan pemasangan tinted yang baik pada cermin hadapan keretanya, cermin tersebut tidak akan pecah berkecai tetapi cermin hanya keretakan dan ia \akan meminimumkan kecederaan pemandu dan penumpang. Jadi amat penting untuk anda memasang tinted berserta fungsi keselamatan bagi meminimumkan kecederaan.

4. Suasana redup dalam kereta

Pemasangan tinted mampu mengurangkan haba yang masuk ke dalam kereta seterusnya ianya tidak akan membuat anda berasa sangat panas.

5. Pemanduan lebih baik

Dengan pemasangan tinted pada cermin kereta akan dapat melindungi dari silau sinaran cahaya matahari yang amat berbahaya kepada pemanduan anda. Ianya amat penting buat anda yang mempunyai masalah rabun silau terutamanya.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

    You may also like...