7 Buah Pulau Yang Menarik Di Sabah

Sabah adalah syurga bagi pencinta pulau. Dianugerahkan dengan pulau yang amat cantik dengan air yang hijau-biru, ia bakal menggamit pengunjung ke sana. Daerah Semporna menggunguli carta kerana di situlah terdapat banyak pulau yang cantik-cantik.

  1. PULAU MANUKAN, KOTA KINABALU, SABAH

Daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam.

Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer.

 

Berikut ialah tambang bot dan snorkeling ke Pulau Manukan

Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Total : RM 50.00

2. PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.

 

Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’.

3. PULAU SIPADAN, SEMPORNA, SABAH

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Kalau tak pernah lihat ikan jerung, anda pasti akan melihatnya kerana ia adalah hidupan laut yang biasa dijumpai di sini. Jika sudah berada di Pulau Mabul, perjalanan ke Pulau Sipadan hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit.

4. PULAU SAPI, KOTA KINABALU, SABAH

 

Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Sapi dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air.

Jika singgah di jeti Jesselton Point dan tidak tahu pulau mana yang ingin dikunjungi, selain Pulau Manukan, kami cadangkan anda pergi Pulau Sapi pakej lebih kurang sama, tidak ada banyak beza.Tidak perlu melawat banyak sebab pulau-pulaunya lebih kurang sama sahaja.

Kalau masih tidak tahu pulau mana yang patut dikunjungi. Menurut para pengkujung  yang bercuti kesana, pasir di Pulau Sapi lebih halus dari Pulau Manukan. Hati-hati bila mandi di Pulau Sapi kerana ada Jelly Fish(Obor-obor)..

5. PULAU TIGA, KOTA KINABALU SABAH

Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut China Selatan, dekat pesisir pantai barat Sabah, Malaysia.

Pulau ini terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.

Ada sebab pulau-pulau ini kurang popular dan tidak diketahui ramai. Mungkin kerana kurang promosi oleh media arus perdana tentang pulau-pulau yang menarik di Sabah.

Lebih-lebih lagi, ada antara pulau-pulau ini yang hanya menjadi kampung dan bukan untuk dikomersilkan. Jadi, jika tidak mengharapkan resort mewah dah boleh hidup ala kadar, tempat ini amat sesuai untuk anda.

Tambahan lagi, sukar untuk mendapat maklumat tentang pulau-pulau ini di Internet.

6. PULAU BOHEY DULANG, SEMPORNA, SABAH

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot.

Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan.Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia.

Faktor itu menyebabkan Pulau Bohey Dulang menawarkan percutian penuh pesona dan keterujaan.Perjalanan menaiki bot dari jeti di pekan Semporna selama 30 minit pasti tidak sia-sia kerana di sepanjang perjalanan pengunjung sudah disajikan keindahan laut yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Pulau ini tidak menyediakan penginapan tetapi jaraknya yang dekat dengan tanah besar membolehkan pengunjung ke situ dalam satu hari.

 

7.PULAU SIBUAN, SEMPORNA, SABAH

Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di  Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita tentang pulau-pulau ditempat lain. Dikatakan lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal.

Air di sini, katanya sangat jernih. Sekejap hijau, sekejap biru. Suasana sekeliling pula,bagaikan dalam filem , padahal ia adalah yang semulajadi.

 

Akhir kata, Ini cuma sebahagian dari pulau-pulau yang menarik di Sabah. Sebenarnya,  banyak lagi tempat percutian di malaysia, lebih-lebih lagi di negeri Sabah. Cuma ramai antara kita tidak tahu kerana kurang publisiti dan promosi di media massa.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

     

    You may also like...