Perkara yang anda harus tahu sebelum melakukan aktiviti Selam Skuba

Adakah anda pernah berfantasi untuk terapung dan bergerak bebas tanpa ada tarikan graviti seperti di angkasa lepas? Tapi tertangguh kerana agak mustahil untuk dicapai apabila harga pakej yang begitu mahal?

Jangan kecewa terlalu awal kerana ada alternatif lain yang boleh memberikan pengalaman hampir sama dengan pengalaman Zero-Gravity dalam Space Travel iaitu selam skuba (Scuba Diving). Saya yakin salah satu perkara yang ada di dalam Bucket List ialah mengalami selam skuba.

Dalam selam skuba anda boleh bergerak bebas di apungan dan berinteraksi secara terus dengan hidupan laut yang menarik seperti penyu, ikan jerung, batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai spesis ikan lain.

Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan memakai set peralatan khas yang membekalkan bekalan udara agar penyelam dapat kekal lama dalam air pada paras kedalaman tertentu.

SCUBA itu sendiri ialah ringkasan bagi perkataan “Self Contained Underwater Breathing Apparatus” yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri.

Jadi, inilah perkara yang anda perlu tahu tentang selam skuba sebelum mahu mencubanya.

  1. Adakah Ada Oksigen Dalam Tangki Skuba

Tidak. Di dalam tangki skuba itu mengandungi udara atmospheric yang kita sedut di udara sekeliling tetapi ditapis dan Dehumidified serta dimampatkan ke dalam tangki skuba melalui kompressor udara khas untuk mengisi tangki skuba.

Komposisi gas dalam tangki skuba ialah 78.9% nitrogen, 21% oksigen, dan 0.01% inert gases (gas nadir). Jika oksigen tulen digunakan ia boleh menyebabkan keracunan kepada penyelam (Oxygen Toxicity) pada tahap kedalaman tertentu.

 

  1. Berapa Lama Bernafas Dalam Air

Kebiasaannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki skuba pada kedalaman 14-18 meter.

Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung kepada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri. Ini kerana makin dalam, makin cepat udara dalam tangki itu habis,

Ia disebabkan oleh tekanan yang tinggi di dasar laut memampatkan lagi partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan Air Pushing Out Stronger.

Kadang kala faktor pernafasan penyelam itu sendiri boleh mempengaruhi tempoh masa semasa melakukan penyelaman. Contoh, jika penyelam itu gemuruh, panik atau berdebar pastinya dia akan bernafas dengan kadar lebih cepat.

 

  1. Berapa Dalam Boleh Menyelam Skuba

Ia bergantung pada tahap pensijilan skuba anda. Jika mengikut standard PADI: Open Water Diver (paling asas) 18 meter, Advance Open Water (kena ambil adventure deep dive course dulu) 30 meter dan Deep Diver Specialty (wajib belajar Deep Dive Scenario) 40 meter.

Kalau 40 meter masih tidak cukup dalam, dinasihatkan anda untuk sila meninggal! Just kidding! Untuk menyelam lebih dalam anda boleh cuba Technical Diving course seperti Sidemount, Tecrec ataupun Rebreather.

 

  1. Berapa Lama Tempoh Buat Lesen Selam Skuba

Biasa ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk dapatkan lesen PADI Open Water Course. Seseorang itu perlu menjalani proses pembelajaran teori selama sehari di dalam kelas, manakala 2 hari lagi untuk pembelajaran praktikal dalam air iaitu fasa Confined Water dan Open Water. Selepas itu, ada Exam Paper kena jawab tapi tidak susah pun.

Sesetengah pusat selam boleh melakukan kursus Open Water mengikut kesesuaian jadual anda. Contoh, Sabtu minggu ini belajar teori, Ahad minggu depan buat confined water dan Rabu kemudiannya buat Open Water dan peperiksaan.

PADI Advance Open Water Course pula biasanya dilakukan dalam masa 2 hari dimana anda akan diajar 5 jenis Adventure Dive seperti Deep Dive, Search And Recovery, Underwater Navigation (macam Navy Seal, pakai kompas), Drift Dive (tapi ini tujahan guna arus air yang kuat), Night Dive dan pelbagai lagi berdasarkan pilihan anda sendiri.

PADI Specialty Courses, kursus kepakaran biasanya boleh dibuat dalam masa sehari untuk satu course. Anda boleh pilih pelbagai Specialty Course seperti Underwater Photography dan bermacam lagi mengikut kemahuan anda dan Availability kursus tersebut di Dive Center pilihan anda.

 

  1. Bagaimana Jika Tiada Lesen Tapi Mahu Selam Skuba

Boleh bah kalau kau! Ada satu kursus pendek yang dikenali sebagai Discover Scuba Diving (DSD). DSD ini khas untuk individu yang cuma mahukan pengalaman bernafas dan eksplorasi alam semula jadi dalam air tanpa menghadiri kursus teori dan praktikal yang berhari-hari itu.

Kursus pendek ini dilakukan selama kira-kira 2 jam. Peserta akan diajar tentang kemahiran asas dalam melakukan aktiviti selam skuba dan akan pergi menyelam bersama Instructor ataupun DSD Leader pada kadar kedalaman maksimum 12 meter sahaja. Kebiasaanya, harga pakej DSD ini dalam lingkungan RM150-RM300 bergantung kepada Dive Operators.

 

  1. Adakah Selam Skuba Hobi Mahal

Semua hobi Comes with a cost kan. Bagi pendapat saya, it is not really an expensive hobby compare to the experience and that peace and tranquility that you will get!

Kebiasaannya kos untuk mengambil lesen Open Water ialah dalam RM750-RM1500, Advance Open Water RM800–RM1600 dan Specialty Courses RM350–RM1500/specialty.

Harga ini hanyalah average estimation. Ia juga bergantung kepada pusat selam yang anda pilih. Kalau di Dive Resort 5 bintang jangan jangka harga kurang dari 4 angka. Boleh pergi ke Diving Expo atau sertai Facebook Group untuk dapat harga yang berpatutan.

Alright, itu harga kalau ambil course. Kalau sudah ada lesen, boleh buat Leisure Dive dengan harga pakej antara RM270–RM300. Kena tengok pakej yang Dive Operator tawarkan.

 

  1. Adakah Boleh Selam Walaupun Tak Pandai Berenang

What if I say yes? Kalau anda mahu menyelam tidak semestinya perlu pandai berenang tahap pandai punya. Asalkan anda selesa dalam air dan boleh berenang sikit pun sudah cukup.

Sebab menyelam ini lain berbanding berenang, tangan tidak berapa digunakan waktu menyelam kerana diving fin (kaki-kaki itik) yang dipakai penyelam pada kaki itu yang membantu pergerakan dalam air macam Propeller. Anda hanya perlu belajar teknik Flutter Dan Frog Kick.

 

  1. Apa Peralatan Wajib Skuba

Untuk membolehkan anda bernafas, bergerak dan berinteraksi di dalam lautan, anda memerlukan peralatan-peralatan ini:

A. Buoyancy Control Device(BCD)
BCD ini digunakan untuk memegang tangki skuba dan juga untuk bertindak seperti jaket keselamatan jika memerlukan apungan (buoyancy) tambahan.

B. Regulators
Alat ini membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi.

Di dalam 1 set diving terdapat dua Regulators iaitu primary (kegunaan utama) dan secondary (digunakan apabila kecemasan sahaja).

Berdekatan dengan Regulator terdapat 2 hos lain yang menyambungkan hos LPI (Low-Pressure Inflator) ke BCD untuk menyalurkan udara dan satu lagi hos disambungkan ke SPG (Submersible Pressure Gauge) untuk menandakan kadar udara yang tinggal di dalam tangki skuba.

C. Face Mask
Alat ini bantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air. Our eyes need air to see. Goggle sangat tidak releven untuk menyelam kerana ianya tidak melindungi lubang hidung.

D. Weight Belt
Tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1 kg) ini digunakan untuk mewujudkan negative buoyancy. Ia bantu menenggelamkan tubuh badan penyelam terutama yang berbadan besar dan berisi.

E. Exposure Suit
Pakaian seperti Wetsuitdan Rashguard amat penting ketika berada di dalam air kerana ianya membantu untuk insulation dan mengelakkan anda cedera apabila terlanggar sesuatu di dalam air. Kalau duyung yang langgar, tidak mengapa!

F. Fins
Kaki itik ini diibaratkan seperti enjin ketika menyelam. Makin besar dan panjang saiznya, makin senang untuk bergerak laju dalam air. Kalau Fin tiada, penyelam tidak boleh pergi jauh.

Peralatan lain yang kena ada waktu diving ialah lampu suluh, Steel Pointer, Kamera, Sarung Tangan, Dive Computer dan pelbagai lagi.

 

Akhir sekali, harap semua persoalan anda terungkai dan sampai sini sahaja panduan yang saya dapat kongsikan kepada anda semua.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

    You may also like...

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *