TIPS MEMANDU KETIKA MALAM

Ada di antara kita yang suka memandu di waktu malam.

Antaranya ialah keadaan trafik yang kurang dan cuaca yang lebih sejuk memberikan tahap keselesaan yang lebih baik.

Namun begitu, memandu di waktu malam mempunyai risiko tersendiri, terutama larut malam di mana tubuh kita sudah biasa untuk rehat (tidur). Dari segi saintifik, jam semulajadi pada tubuh manusia telah memprogram kita agar merasa sangat mengantuk pada dua masa – antara jam 1.00 am hingga 6.00 am dan antara jam 2.00 pm dan 4.00 pm. Berikut merupakan beberapa tips keselamatan memandu ketika di waktu malam.

 

  1.  Pastikan lampu hadapan pada posisi tepat

  • Lampu hadapan kenderaan perlu diatur mengikut posisi yang sebenarnya.
  • Setiap pusat servis kenderaan mempunyai ukuran yang tepat untuk posisi lampu hadapan yang betul.
  • Ini penting kerana jika lampu terlalu rendah, anda tidak nampak jauh ke hadapan.
  • Dan jika lampu terlalu tinggi, pemandu dari arah bertentangan akan silau dan mungkin melanggar anda. Kalau tidak pun, anda akan disumpah. 😀

 

  1. Tukar mentol

  • Mentol kenderaan (jenis halogen), walaupun tidak terbakar, tidak akan tahan selamanya.
  • Tukar mentol sekiranya ia telah berusia lebih dari tiga tahun.
  • Ada mentol-mentol yang mempunyai jarak lontaran yang lebih jauh. Ia sedikit mahal dan selalunya, perbezaan yang didapati tidak ketara.
  • Jangan beli mentol berwarna putih kerana walaupun nampak cantik, ia langsung tidak berguna di kala kabus atau di waktu senja. Ia juga menyilaukan pemandu lain.
  • Jika sistem lampu hadapan anda dari jenis halogen, jangan tukar kepada sistem mentol HID kerana reflektor untuk sistem halogen berlainan dari untuk HID. Jika dilakukan juga, ia mungkin nampak lawa tetapi lontara cahaya akan bersepah dan tidak fokus.

 

 

  1. Bersihkan lensa lampu

  • Kerana bentuk lampu hadapan sekarang yang semakin canggih dan berciri “wrap around” (mengikut bentuk sudut kereta), lampu hadapan kini mempunyai penutup atau lensa yang diperbuat dari plastik.
  • Untuk cuaca Malaysia yang panas, lensa plastik untuk kereta bagi pasaran ini memang mempunyai fungsi anti UV. Namun begitu, ia tetap akan mula menguning selepas enam ke tujuh tahun.
  • Bagi penggemar kereta recond, lensa lampu hadapan akan mula menguning selepas beberapa tahun kerana ia tidak ada lapisan anti UV.
  • Oleh itu, ia mengurangkan daya lontaran cahaya.
  • Lensa perlu dibersihkan bagi keupayaan lampu yang optimum.

 

  1. Silau dari lampu meter dan papan pemuka

  • Cahaya dari skrin di papan pemuka atau dari panel meter akan menyebabkan silau dan ini membuatkan mata pemandu cepat letih dan paling bahaya, pemandangan hadapan terganggu.
  • Kerana itu, ada kereta yang lampu pada papan pemuka dan panel meternya boleh dikurangkan kekuatannya.
  • Jika kenderaan anda anda fungsi itu, kurangkan kadar keterangan lampu papan pemuka agar mata anda tidak penat memandu malam.
  • Pelumba profesional pula sampai ada yang menutup papan pemuka dengan baldu hitam agar tidak ada silau terbit dari permukaan kilat papan pemuka tersebut.
  • Anda juga tidak digalakkan memandu dengan lampu kabin terhidup kerana ia akan menyebabkan anda silau dan tidak nampak kenderaan atau jalanraya di hadapan.

 

  1.  Jangan pakai cermin mata yang salah

  • Ada juga iklan yang menyatakan cermin mata dengan lensa kuning sesuai untuk pemanduan di sebelah malam.
  • Ini disangkal sendiri oleh Persatuan Cermin Mata Hitam Amerika Syarikat (ya, ia adalah satu industri yang sangat besar dan bernilai berbillion US Dollars).
  • Cermin mata warna kuning mungkin akan membantu menaikan kontras, tetapi ia juga menghalang jumlah cahaya yang masuk ke mata anda dan mengurangkan penglihatan.
  • Gunakan cermin-mata dengan lapisan anti-silau kerana ia memang membantu.
  • Untuk anda yang memang memakai cermin-mata, pastikan nilai astigmatism anda turut dimasukan ke dalam lensa anda kerana ia adalah punca utama silau.

 

  1. Jangan renung lampu kenderaan mendatang

  • Ada di antara kita yang berkhayal dan terpandang kepada lampu kereta yang datang dari arah bertentangan.
  • Ini hanya akan menyilaukan mata anda dan bila anda hendak lihat ke hadapan kembali, jalan yang gelap itu akan menjadi berpinar-pinar.
  • Satu lagi yang anda perlu ingat ialah kenderaan (kereta dan motosikal) akan bergerak ke arah di mana mata anda sedang melihat.
  • Ini bermakna jika anda merenung kenderaan di laluan sebelah, secara tidak sengaja stereng akan anda gerakkan ke arah tersebut.

 

  1. Turunkan cermin pandang belakang jika silau

  • Ada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu HID haram (dipasang sendiri dan bukan alatan standard) atau mentol cerah yang didongakkan ke atas.
  • Ada juga pemandu yang memang tidak tahu lampunya tinggi dan menyilaukan kita di hadapan (jika lampu kenderaan anda sudah boleh menyuluh ke dalam kabin kenderaan di hadapan, ia bermakna lampu anda tinggi).
  • Jika ini berlaku, kita turunkan cermin sisi dan cermin pandang belakang.
  • Jika tidak tahan juga pada panahan lampu itu, perlahankan kenderaan dan biarkan mereka potong.
  • Dan selepas itu, kuatkan iman dan jangan membalas dendam dengan mengikuti kenderaan tersebut dengan menggunakan lampu tinggi kita pula.

 

  1. Bersihkan cermin hadapan dengan surat-khabar

  • Permukaan berminyak pada cermin hadapan akan menyebabkan silauan pada pemandu.
  • Bersihkan cermin hadapan, luar dan dalam dengan menggunakan surat-khabar kerana ia mampu membuang minyak-minyak tersebut.
  • Simpan kain microfiber di dalam kenderaan untuk membersihkan dalam cermin hadapan.

 

  1. Bersihkan cermin sisi

  • Cermin sisi yang kotor memang menghalang penglihatan dan kadang-kadang, memberikan efek silau kepada pemandu.
  • Bersihkan cermin sisi sebelum kita memandu di waktu malam.

 

Selamat memandu semua!

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

    You may also like...

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *