AKSESORI YANG WAJIB ADA DALAM KENDERAAN ANDA

Apakah aksesori yang wajib ada dalam kenderaan anda. Artikal ini akan mengongsikan sedikit sebanyak tentang aksesori yang wajib ada dalam kenderaan anda, di mana ia sangat membantu anda semasa berlakunya kecemasan, kemalangan ringan. Bukan sahaja dapat membantu anda malah pengguna jalan raya yang lain.

 

1. LAMPU SULUH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan silap anggap bahwa lampu sudah tidak releven dengan alasan fungsi tersebut sudah sedia ada dalam telefon bimbit. Ini kerena apabila berlaku kecemasan, setiap peratus hayat bateri anda adalah sangat bernilai. Tambahan lagi, lampu suluh masa kini dipakejkan dengan pelbagai fungsi lain seperti lampu amaran, tukul cermin dan set perkakas serbaguna. Tidak perlu lampu suluh yang besar, cukup saja bersaiz kecil atau sederhana. kkleisure.com

 

 

2. TUKUL CERMIN

Tukul cermin memang direka khas untuk memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma sekali hentakan saja dan amat berguna ketika berdepan situasi bahaya seperti kemalangan yang menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka atau kenderaan terjatuh ke dalam sungai. kkleisure.com

Bahagian cermin sama ada depan, tepi atau belakang adalah ruang paling munasabah untuk meloloskan diri dan mesti dipecahkan. Jangan mudah terpengaruh dengan filem aksi yang mampu memecahkan cermin kereta dangan hanya menggunakan cincin, duit syiling atau objek keras lain yang ditemui dalam kereta. Cermin kereta dapat dipecahkan tetapi realitinya tidaklah semudah dan sepantas yang anda sangkakan. Ada sesetengah tukul cermin didatangkan dengan ciri lampu suluh dan set perkakas serbaguna. kkleisure.com

 

 

3. PEMADAM API

Sudah tentu anda membayangkan pemadam api besi yang berat seperti dilekatkan di dinding premis, pejabat dan bangunan tertentu. Sebenarnya banyak pemadam api mudah alih yang dijual di pasaran dengan berat di bawah 1kg dan bersaiz sederhana. Aksesori ini bukan sahaja berguna ketika kereta anda terbakar. tetapi boleh juga digunakan untuk membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit dengan kemalangan kebakaran. kkleisure.com

 

 

4. KIT PERTOLONGAN CEMAS

Kit ini sudah tentu berguna ketika berlakunya kecederaan yang bukan hanya melibatkan kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain. Ada pelbagai jenis kelengkapan dimuatkan dalam kit pertolongan cemas, bergantung kepada saiz. Antara kelengkapan asas ialah pembalut bergulung, kain pengelap, kapas, ubat luka, plaster luka dan gunting. Apabila merancang perjalanan jauh atau bercuti lama, anda boleh menambahkan ubatan dan kelengkapan tambahan ke dalam kit ini. kkleisure.com

 

 

5.JAKET KESELAMATAN

Jangan ingat jaket keselamatan penting untuk penunggang motosikal sahaja. Pemandu kereta  juga perlu memakainya, terutama ketika berlaku kecemasan ketika gelap yang memerlukan mereka berada di luar kereta seperti menukar tayar pancit, kerosakan enjin di tengah jalan. kkleisure.com

 

 

6. KON KESELAMATAN

 

Boleh dibeli sebagai tambahan kepada segitiga reflektor yang dibekalkan pengeluar dalam but kereta. Jika tiada, anda wajib membeli aksesori ini. Sangat berguna ketika kereta terkandas di jalan raya atau berhenti di lorong kecemasan. kkleisure.com

 

 

7. PELOMPAT (JUMPER)

Antara aksesori wajib ada dalam kereta masing-masing. Kegunaan alat ini ialah untuk melompatkan (Jumping) kereta yang tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri. Boleh dibeli di kedai aksesori kereta dan stesen minyak berdekatan. Ada juga pelompat jenis mudah alih di pasaran, di mana anda boleh melompatkan kereta anda hanya menggunakan bank kuasa (Power Bank) khas tanpa memerlukan bantuan kereta lain. kkleisure.com

 

 

8. PELINDUNG MATAHARI

Walaupun kereta bercermin gelap, aksesori ini sangat berguna untuk privasi anda contohnya, menyusukan bayi anda atau berhenti tidur sekejap dalam kereta. kkleisure.com

 

 

9. AIR MINUMAN 1.5L

Air minuman ini bukanlah khas untuk diminum sahaja tetapi juga untuk kegunaan pelbagai kecemasan seperti menambah air dalam radiator yang bocor, membasuh kotoran dalam kereta seperti muntah atau najis bayi, mencuci tangan dan sebagainya. kkleisure.com

 

 

10. KERUSI KERETA BAYI/ KANAK-KANAK

Aksesori ini sangat penting untuk kegunaan keluarga yang memiliki anak kecil malahan dapat menjaga keselamatan anak kecil semasa berada dalam kereta. kkleisure.com

 

semoga apa yang disampaikan sangat berguna untuk semua pengguna jalan raya.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

    You may also like...