TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH

Perjalanan yang jauh sudah tentu melibatkan aspek keselamatan diri pengguna jalan raya sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kenderaan haruslah dihantar ke bengkel terlebih dahulu untuk melakukan pemeriksaan awal bagi menjamin perjalanan yang sempurna dan selamat.

 

Artikal ini akan mengongsikan tips-tips sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

1. Radiator Dan Cecair Penyejukan Air

  • Cecair penyejuk enjin boleh diperiksa dari dua tempat radiator dan juga pada tangki tambahan. Cecair penyejuk enjin yang berada di dalam radiator boleh diperiksa dengan membuka tudung radiator, pastikan cecair penyejuk enjin sentiasa penuh.
  • Setiap jenis dan  model kenderaan, kebiasaannya akan menggunakan penyejuk (coolant) yang disyorkan oleh pengeluar mengikut takat campuran dengan air yang telah ditetapkan. Tetapi ada jenis kereta tidak menggunakan air sebaliknya 100 % menggunakan penyejuk yang disyorkan. kkleisure.com

 

2. Tayar

  • Tayar adalah merupakan bahagian yang paling penting untuk memastikan aspek keselamatan pengguna kereta terjamin tidak kira sama ada dekat mahu pun jauh.
  • Pastikan tekanan udara pada tayar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kilang.
  • Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar mudah retak, pecah dan permukaan tayar akan lebih cepat botak.
  • Kedalaman takat bunga tayar minimum telah ditetapkan pada 1.6 mm. Ukuran boleh dibuat dengan duit syiling atau gunakan alat-alat lain yang boleh memberikan bacaan lebih besar dari 1.6 mm.
  • Anda juga boleh periksa kedalaman pada tanda yang diletakkan oleh pengeluar tayar. kkleisure.com

3. Tayar Simpanan (SPARE)

  • Tayar simpanan juga amatlah penting untuk setiap pengguna kereta, sekiranya berlaku tayar bocor semasa di dalam perjalanan.
  • Tayar simpanan mesti diperiksa dengan menambah tekanan angin dan memeriksa kondisi tayar tersebut.
  • Selain tayar simpanan, “Jack”, pemusing “Jack” dan pemantul cahaya yang selalunya berbentuk tiga segi juga mesti diperiksa bagi memastikan pertukaran tayar di dalam perjalanan berjalanan dengan lancar. kkleisure.com

 

4. Periksa Minyak Enjin

  • Pemeriksaan minyak enjin sangatlah mudah untuk dilakukan, pemilik hanya perlu membuka bonnet dan menarik keluar “Dipstick”. Pastikan minyak enjin berada pada paras yang telah ditetapkan. kkleisure.com

 

5. Pengelap Cermin (WIPER)

  • Pengelap cermin juga kebiasaannya dibuat dari getah, getah tersebut akan tercalar disebabkan oleh geseran dengan cermin yang berhabuk.
  • Pemeriksaan getah pengelap cermin sangat mudah dilakukan dengan hanya memasang pam air pengelap cermin (Washer pump), kemudian pengelap cermin akan berfungsi dan lihat jika ada garisan pada cermin disebabkan getah pengelap telah tercalar. kkleisure.com

 

6. Lampu

  • Pastikan keadaan lampu kereta anda sama ada dibahagian depan ataupun dibelakang dalam keadaan yang baik dan mempunyai pencahayaan yang sangat cukup. Selain dari memberikan cahaya untuk menambahkan dan memudahkan tahap penglihatan di dalam gelap.
  • Lampu juga merupakan alat untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan di tempat yang gelap, lampu yang baik boleh dilihat oleh pemandu kenderaan lain dan ada kalanya lampu juga mampu memainkan peranan dengan memberikan amaran dengan cara meninggi dan rendahkannya dalam masa yang cepat. kkleisure.com

 

7. Kemas Dan Bersih

  • Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan perlbagai aktiviti diluar rumah sesetengah barangan seperti kasut sukan kasut pejabat dan alat-alat sukan seperti raket, bola dan kayu golf selalunya ditinggalkan di dalam kereta.
  • Untuk memulakan perjalanan yang jauh dengan membawa kesemua ahli keluarga sudah tentu memerlukan ruang yang luas dan selesa. kkleisure.com

 

8. Sediakan Peta Perjalanan

  • Dengan teknologi navigasi satelit yang semakin meningkat maju, pelbagai jenis navigasi satelit yang telah diperkenalkan dan boleh digunakan pada telefon pintar anda contohnya,Google Maps dan Waze yang mampu memberikan laluan terbaik kerana boleh mengesan sebarang masalah trafik pada masa  sebenar.
  • Pastikan telefon pintar anda mempunyai pelan data yang mencukupi kerana aplikasi-aplikasi navigasi satelit kebiasaannya menggunakan data yang besar. kkleisure.com

 

Persediaan sebelum memulakan perjalanan:

  • Sila lakukan pemeriksaan kenderaan di bengkel yang anda percayai. Periksa keadaan tayar, bateri dan air bateri.
  • Periksa tayar simpanan dan pastikan anda membawa air bateri, minyak enjin, peti pertolongan cemas, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan sangat baik.
  • Pastikan rehat anda  yang cukup sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Resiko memandu di dalam keadaan yang mengantuk dan letih adalah sangat merbahaya. kkleisure.com
  • Pastikan anda menyemak lokasi untuk berehat termasuk pam minyak sepanjang perjalanan.
  • Anda dinasihatkan supaya merancang perjalanan supaya tidak terkandas di dalam kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di lebuh raya terutamanya pada musim perayaan.
  • Anda juga boleh menggunakan GPS, Google Maps untuk membantu anda mencari jalan alternatif sekiranya jalan yang anda biasa lalui mengalami kesesakan atau kerosakan.
  • Sila pastikan anda turut menyimpan nombor-nombor penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa pemanduan, termasuk nombor telefon keluarga terdekat, balai polis berhampiran dan juga mekanik yang dipercayai.
  • Bagi yang menggunakan perkhidmatan Touch Go atau Smart Tag, sila pastikan anda telah membuat isian semula kad tersebut. Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik dan selamat dipandu. kkleisure.com

Semasa dalam perjalanan:

  • Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Elakkan memandu perlahan di lorong kanan, memotong di lorong kiri dan menggunakan laluan kecemasan. Amalkan sikap bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa.
  • Pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang jika anda ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan.
  • Patuhi papan tanda yang menjadi panduan dalam pemanduan seperti mengetahui kawasan berisiko kemalangan, angin lintang dan sebagainya. kkleisure.com
  • Pastikan anda menggunakan hazard light. Perlahankan kenderaan anda sekiranya jarak penglihatan anda terbatas. Elakkan dari pemanduan yang laju.
  • Awasi jarak pemanduan anda. Jangan sesekali mengekori kenderaan dihadapan secara dekat tidak kira sama ada kenderaan besar ataupun kecil kerana ia boleh mengundang padah.
  • Pastikan anda dan penumpang memakai tali pinggang keselamatan.
  • Sentiasa fokus pada pemanduan anda, jangan sesekali menggunakan telefon bimbit untuk berbual atau berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit semasa memandu. kkleisure.com
  • Jika anda ingin membuat panggilan, anda disarankan menggunakan kit bebas tangan (hans free) secara berwayar atau bluetooth bersambung terus dengan kenderaan anda atau pun berhentikan kenderaan anda di tempat yang sesuai untuk membuat panggilan dan sebagainya.
  • Jika anda rasa mengantuk, anda disarankan untuk memberhentikan kenderaan di tempat yang sesuai dan selamat untuk berehat seketika.
  • Jika tempoh pemanduan anda memakan masa yang agak lama, anda disarankan untuk berhenti seketika di tempat yang selamat dan sesuai untuk merehatkan fizikal dan mental anda sekaligus dapat memastikan kenderaan anda juga dapat berehat dari kepanasan enjin yang melampaui. kkleisure.com

 

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

    You may also like...