KEPENTINGAN MEMPUNYAI INSURANS PERLINDUNGAN KENDERAAN

Ramai yang beranggapan bahawa insurans perlindungan kenderaan hanyalah membebankan sesetengah pengguna kerana terpaksa membuat pembayaran tambahan sebelum dapat memperbaharui cukai jalan (Roadtax) kenderaan mereka. Tetapi ia sebenarnya membantu pengguna untuk mengurangkan bebanan sekiranya kenderaan anda terlibat dalam sesuatu kemalangan atau kerosakan yang melibatkan kos pembaikan yang besar. Insurans perlindungan kenderaan diperlukan untuk membuat pembayaran kos pembaikan kenderaan tersebut.

 

 

 

Apakah Kepentingan Mempunyai Insurans Perlindungan Kenderaan?

  • Insurans kenderaan adalah salah satu bentuk “Sekuriti” yang disediakan oleh pihak insurans untuk pemilik atau pemandu kenderaan terhadap sebarang kemungkinan tuntutan kerosakan dan / atau kerugian akibat pemanduan kenderaan di atas jalanraya. kkleisure.com
  • Mempunyai perlindungan insurans kenderaan dapat meringankan beban kewangan apabila berlakunya sesuatu kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan anda. Lebih penting lagi, ianya turut melindungi anda dari menjadi mangsa kepada pemandu lain yang berbahaya. kkleisure.com

Mengapa Perlu Beli Insurans Kenderaan?

  • Setiap pemandu di Malaysia, di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah diwajibkan untuk membeli insurans kenderaan sekurang-kurangnya insurans Perlindungan Pihak Ketiga (3rd party) kkleisure.com
  • Di Malaysia, kadar premium insurans kenderaan telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak Bank Negara. Ini bermakna, untuk pakej atau perlindungan tertentu, premium adalah sama walaupun anda memilih syarikat insurans yang berlainan. kkleisure.com
  • kos sesetangah pakej isnurans kenderaan mungkin sedikit mahal, tetapi anda mempunyai banyak opsyen yang boleh dipilih bergantung kepada jenis dan liputan perlindungan yang diingini mengikut bajet anda kkleisure.com

 

Apa itu insurans kenderaan

Insurans kenderaan bermotor adalah polisi insurans yang melindungi kenderaan anda (yang bermotor seperti kereta, motosikal, bas dan lori) daripada risiko seperti kecurian dan kerosakan kerana kemalangan.

Pada umumnya terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan di Malaysia, cuma terma dan syarat mungkin ada perbezaan sedikit mengikut syarikat-syarikat insurans dan takaful.

3 jenis polisi :-

  • Polisi pihak ketiga.
  • Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
  • Polisi komprehensif

kkleisure.com

 

1. Polisi pihak ketiga

  • Ia merupakan polisi yang paling asas bagi insurans kenderaan. Perlindungannya adalah terhad maka bayaran premiumnya adalah yang terendah berbanding polisi lain.
  • Di Malaysia, setiap kenderaan bermotor perlu memiliki sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga ini. Malah, di saat sebuah kenderaan dibeli, anda perlu juga membeli polisi insurans. Memandu/ menunggang kenderaan yang tidak memiliki insurans adalah salah di sisi undang-undang. kkleisure.com
  • Apakah perlindungan polisi pihak ketiga?
  • Polisi ini melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga (pihak lain) jika berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kerugian pada kenderaan mereka. Mahupun tuntutan di atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan yang berpunca dari anda. kkleisure.com

 

2. Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

  • Polisi ini seperti juga polisi pihak ketiga di atas, tetapi perlindungannya merangkumi risiko tambahah.

Apakah perlindungan polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian?

  • Selain daripada risiko yang telah disebut di atas (polisi pihak ketiga), polisi ini juga melindungi kenderaan anda dari risiko kerugian disebabkan kemalangan dan jugak kecurian dan kebakaran tidak sengaja. kkleisure.com

Apakah erti kebakaran dan kerugian tidak sengaja?

  • Jika anda memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, ia bermakna anda boleh buat tuntutan jika kereta anda mengalami kerugian disebabkan oleh cubaan mencuri (contoh pintu dikopek, cermin dipecahkan), mahupun jika berlaku kebakaran pada kereta anda. Apa yang tidak dilindungi adalah daripada tuntutan kerugian kereta anda disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kesimpulannya:
  • Kereta dicuri
  • Kerugian pada kereta disebabkan oleh cubaan mencuri
  • Kebakaran

kkleisure.com

3. Polisi komprehensif

  • Perlindungan polisi komprehensif adalah yang paling menyeluruh. Di negara kita, jika anda membeli kereta baru dengan pinjaman bank, anda diwajibkan membeli polisi jenis ini bagi kereta baru anda.

Apakah perlindungan polisi komprehensif?

  • Polisi ini bukan sahaja melindungi anda dari semua risiko-risiko yang telah disebut di atas, malah ia juga melindungi anda dari kerugian kereta anda dan kecederaan pada diri anda sendiri jika berlakunya kemalangan. kkleisure.com

Bilakah anda perlu mendapatkan polisi komprehensif?

  • Nasihat yang sering diberi ialah apabila anda memiliki kereta baru atau kereta mewah, anda wajar membeli polisi komprehensif. Sebab utama adalah kerana kos membaiki kereta yang berharga tinggi ini tidak lah murah. Anda mungkin tidak memerlukan polisi komprehensif jika:
  • anda memiliki kereta jenis lebih murah, di mana kos membaiki lazimnya tidaklah semahal mana, dan masih mampu anda biayai, atau
  • jika anda memiliki kereta lama (tua), di mana anda mungkin tidak akan hiraukan jika kereta anda ada sedikit kemek atau calar. kkleisure.com

 

 

Sebelum kami akhiri artikel ini, kami ingin menegaskan bahawa tiada polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian pada diri sendiri atau pada penumpang anda. Jika anda meluangkan banyak masa anda memandu, adalah sangat dinasihatkan bahawa anda perlu mendapatkan insurans yang melindungi diri anda dari kemalangan dan kecederaan. Sekian. kkleisure.com

 

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah: