PERBEZAAN DI ANTARA KERETA MANUAL DAN AUTOMATIK

Bukanlah sukar untuk membezakan antara Transmisi Automatik Dan Manual. Transmisi auto cuma memerlukan anda menganjakkan satu takah gear untuk membolehkan kereta bergerak. Sebaliknya, dalam transmisi manual, anda perlu menggerakkan gear pada takah tertentu dan kelajuan tertentu sama ada perlahan ataupun laju.

Bagaimanapun, untuk memahami cara sebenar transmisi kereta bekerja bukanlah semudah melihat secara langsung seperti mana gear pada sebuah basikal gunung.

Jikalau anda mahukan kelajuan lebih bagi kereta anda semasa mendaki bukit anda di sarankan supaya guna kereta yang bergear Manual. Bagi kereta bergear auto memang kurang kelajuan semasa mendaki bukit.

Beberapa perbezaan untuk kenderaan manual dan automatik :

  1. Kalau dari segi harga kereta gear auto lebih mahal dari kereta gear manual.

  2. Kalau dari segi kelajuan kereta yang bergear auto kurang laju dari kereta gear manual.

  3. Kalau dari segi penggunaan petrol kereta gear auto lebih tinggi dari kereta gear manual.

  4. Kalau dari segi memudahkan pemanduan kereta gear auto rileks sikit dari kereta gear manual sebab gear auto tidak perlu tekan pada pedal klac tapi anda rugi satu pedal kaki bagi kereta auto pedal klac sudah di keluarkan.

  5. Kalau dari segi penggunaan brek kereta gear auto lebih cepat haus pada brek dari kereta gear manual kalau turun bukit curam kereta gear manual boleh mengurangkan haus sedikit pada tayar dengan menggunakan brek dengan menukar kepada gear rendah (drop gear).

  6. Kalau dari segi nak start kereta ketika bateri weak kereta gear auto dah tak boleh start menggunakan kaedah tolakkan dan masuk gear seperti kereta gear manual.

  7. Kalau dari segi maintenance gearbox rosak kereta gear auto harga kos gearbox lebih mahal dari kereta gearbox manual.

  8. Jadi dari segi Value Of Money kereta gear manual lebih menjimatkan dari kereta gear auto.

Ini adalah fakta benar dari mekanik yang memberikan komen pada saya kebanyakan orang yang beli kereta gear auto hanya mahukan kelebihan fakta 4. Kalau dari segi mudahkan pemanduan kereta gear auto rileks sikit dari kereta gear manual sebab gear auto tidak perlu tekan pedal klac,  yang hairannya semasa percubaan ketika ujian memandu untuk dapatkan lesen memandu boleh pulak bawa kereta gear manual.

Fakta Ini bukan bermaksud untuk memperkecilkan pengguna kereta bergear auto tetapi untuk berkongsi fakta berasaskan komen dan pandangan semua supaya anda sendiri boleh menilai dan mendapat info dari aspek positif. Apa yang paling penting adalah Keselamatan, keselesaan anda terletak pada pilihan anda sendiri.
Berhati-hati di jalan raya…. ingat orang yang tersayang.

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

    Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di

    You may also like...