TEMPAT MEMBELI BELAH BUAH TANGAN YANG WAJIB DIKUNJUNGI KETIKA BERCUTI KE KOTA KINABALU

Kota Kinabalu mempunyai kepelbagaian dari segi makanan dan budaya yang diketengahkan kepada pelancong dalam bentuk buah tangan. Setiap pelancong yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang membawa pulang buah tangan dari Kota Kinabalu sebagai tanda kenangan. Disini saya senaraikan beberapa tempat membeli belah buah tangan yang anda perlu ketahui ketika bercuti ke Kota Kinabalu .

 

  1. Pasar Kraftangan

Jika anda menyukai barangan perhiasan diperbuat daripada mutiara Sabah,  Pasar Kraftangan yang terletak di pusat bandar Kota kinabalu ini patut anda kunjungi. Ianya terletak tidak jauh dari Pasar Filipina.  Barangan mutiara adalah antara barangan kraftangan paling popular. Pelbagai jenis barangan perhiasan diperbuat daripada mutiara Sabah seperti gelang, rantai dan anting-anting. Hampir setiap gerai menjual perhiasan mutiara ini. Apabila membeli, jangan lupa untuk tawar menawar dan membuat perbandingan harga di beberapa gerai.

 

  1. Pasar Ikan Masin

Selepas singgah di Pasar Kraftangan, singgah pula ke Pasar Ikan Masin untuk borong pelbagai jenis ikan masin dan makanan laut kering yang ekzotik termasuk Gamat, Rumpai Laut dan Kuda Laut. Cara terbaik untuk mendapatkan harga murah ialah dengan memborong. Anda boleh tawar menawar harga dari peniaga untuk harga yang lebih murah.

 

  1. Pasar Filipina

Pasar Filipina sering menjadi tarikan pelancong menikmati makanan laut bakar. Selain makanan, pelbagai barangan basah seperti sayuran, buah-buahan dan lauk pauk mentah mudah didapati di Pasar Filipina. Bagi mereka yang ingin mencari buah tangan berseni seperti gelang tangan, aksesori hiasan rumah, peralatan muzik tradisional, beg hiasan serta barangan makanan kering, Pasar Filipina ibarat syurga membeli belah yang wajib dikunjungi jika ke Kota Kinabalu.

 

  1. Pasar Tamu Jalan Gaya

Pasar ini hanya dibuka pada hari Ahad sahaja dari jam 6.30 pagi hingga 1.00 petang sahaja. Kerana itu, ia juga dikenali sebagai Pasar Ahad Jalan Gaya. Setiap hari Ahad, jalan di sekitarnya akan ditutup untuk para peniaga berniaga. Terdapat pelbagai barangan menarik untuk dijadikan buah tangan kepada para pelancong. Antaranya barangan perhiasan rumah, aksesori seperti gelang dan rantai, beg, pakaian, makanan seperti buah-buahan dan serta makanan kering dan pelbagai lagi.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

    You may also like...

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *