15 SIMBOL DALAM KERETA YANG ANDA PERLU KENALI. Adakah anda mengenali kesemua simbol yang terpampang pada dashboard kenderaan anda? semakin canggih sesebuah kereta, maka semakin banyaklah simbol yang perlu di fahami oleh pemandu. kkleisure.com
Tahukah anda, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Britania Rescue pada tahun 2013, 98% pemandu tidak mengenali simbol-simbol di dalam kenderaan mereka? ramai yang masih keliru dengan tanda-tanda amaran seperti tekanan angin pada tayar dan juga amaran beg udara tidak berfungsi. kkleisure.com
Walaubagaimanapun, simbol-simbol yang lebih standard dan digunakan dalam kebanyakan kereta pada masa kini. Sebagai pemandu berhemah, anda perlu mengenal pasti setiap satu daripadanya kerana nyalaan simbol ini mengkin bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta anda.
Untuk bahagian pertama artikel ini, kami akan kongsikan 15 SIMBOL DALAM KERETA YANG ANDA PERLU KENALI yang paling biasa dijumpai dalam kenderaan. kkleisure.com
1. Pintu Kereta
- disebabkan oleh pintu kereta yang tidak ditutup dangan rapat. kkleisure.com kkleisure.com
2. Minyak dalam tangki
- Ini berkemungkinan simbol yang paling dikenali oleh semua orang. Simbol ini menandakan minyak semakin berkurangan. kkleisure.com
3. Bateri kereta
- Simbol ini menandakan caj bateri kereta semakin berkurangan. Kurangkan penggunaan kuasa bateri seperti penyaman udara, lampu dan radio. Hantar ke bengkel untuk pemeriksaan selanjutnya. kkleisure.com
4. Tali pinggang keledar
- Simbol ini menandakan pengguna kenderaan tidak menggunakan tali pinggang keledar. kkleisure.com
5. Amaran EMS (Engine Management System)
- Jika simbol ini menyala semasa anda memandu, segera hantar kenderaan anda ke bengkel. Ini mungkin masalah sensor kereta, sistem pendawaian atau suatu masalah yang lebih serius. kkleisure.com
6. Brek Tangan
- Ada sesetengah kereta yang menggunakan huruf P sebagai menggantikan tanda seruan ingat, anda perlu menurunkan brek tangan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. kkleisure.com
7. Lampu Bahaya (Hazard Lights)
- Lampu ini digunakan hanya untuk memberitahu para pemandu dan penunggang lain bahawa kenderaan anda sedang berhenti ( kerana andalah Objek Bahaya yang dimaksudkan). kkleisure.com
- Jangan sesekali memandu sambil memasang lampu ini. Ramai orang Malaysia yang suka pasang lampu ini ketika memandu dalam keadaan hujan yang lebat. Tahukah anda, itu lebih membahayakan kerana orang akan ingat anda sedang berhenti atau sedang memperlahankan kenderaan untuk berhenti. kkleisure.com
8. Lampu Isyarat
- Sebelum anda bertukar lorong, anda perlu memberikan lampu isyarat kepada pemandu yang lain. Akan tetapi masih ramai pengguna jalan raya yang tidak tahu kegunaan lampu isyarat. kkleisure.com
9. Lampu Suluh TInggi (Main Beam Headlights)
- Simbol ini kebiasaannya berwarna biru pada papan pemuka kenderaan. Lampu ini boleh membuatkan pemandu lain merasa silau dari arah hadapan. Ia hanya boleh digunakan di kawasan yang sunyi dan tidak mempunyai lampu jalan seperti kawasan hutan atau jalan kampung. Jangan sesekali menggunakan lampu ini ketika di atas lebuh raya. kkleisure.com
10. Suhu Enjin
- Jika lampu ini menyala. Ia mungkin menandakan bahawa enjin anda menjadi terlalu panas. Matikan kenderaan serta merta dan periksa takat air dalam enjin. Mungkin juga ada kebocoran pada radiator. kkleisure.com
11. Minyak Enjin/Minyak Hitam
- Lampu minyak enjin menyala untuk menandakan minyak yang semakin berkurangan. Sila hantar kenderaan anda dengan segera untuk pemeriksaan selanjutkan. kkleisure.com
12. ABS (Advanced Braking System)
- Sekiranya kenderaan anda dilengkapi dengan sistem ABS, hantar kenderaan ke bengkel dengan segera jika simbol ini menyala ketika anda sedang memandu. kkleisure.com
13. Arah Liang Udara
- Tetapkan penyaman udara, ini mempunyai beberapa simbol berlainan yang boleh digunakan. lihat arah anak panah unutk memilih tetapan yang bersesuaian. kkleisure.com
14. Pemanas cermin belakang (Demister)
- Lampu ini menandakan pemanas cermin belakang yang sedang beroperasi. Di Malaysia, pemandu sering guna pemanas ini untuk mengelakkan kabus di bahagian belakang yang melindungi pemandangan terutama sekali ketika hujan. kkleisure.com
15. Beg Udara
- Lampu ini hanya akan menyala untuk memberi amaran kerosakan pada beg udara (Sekiranya kereta anda dilengkapi sistem beg udara). Segera bawa kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. kkleisure.com
Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah: