Tak semua orang tahu atau mahir dalam selok-belok kereta, walaupun orang itu berkereta. Setuju?
Mengaku sajalah, ramai yang hanya tahu pandu kereta tanpa mengetahui sedikit pun tentang bahagian teknikal kereta yang mereka pandu itu.
Bila tanya pasal bahagian dalam enjin, mesti susah nak jawab. Bila tanya pasal minyak pelincir dan perkara-perkara lain yang basic sekalipun belum tentu ramai boleh bagi jawapan dengan betul.
Ada beberapa perkara mustahak yang WAJIB untuk setiap pemilik kereta ambil tahu seperti tayar, enjin, radiator, brek, dan lain-lain lagi. Teruskan baca di bawah:
-
Tayar
Tayar merupakan antara komponen paling utama dalam memandu. Periksa dulu keempat-empat tayar sebelum balik kampung dan pastikan tayar masih elok dan “sihat”. Kalau tayar dah botak, segeralah tukar. Tayar yang botak boleh mengakibatkan tayar pecah atau meletup ketika memandu. Sangat merbahaya dan memang susah nak pandu terutamanya ketika hujan dan jalan licin.
-
Radiator
Apa yang biasa orang isi ke dalam tangki radiator?
Air.
Ya, memang air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan bahagian radiator dan enjin yang panas. Rasanya semua orang pun tahu, kereta akan menjadi panas dan perlukan angin atau coolant untuk menyejukkan enjin.
Nak lagi best, apa kata isikan coolant sepenuhnya ke dalam tangki radiator. Kita boleh nampak sendiri perbezaannya dari segi kelancaran aircond serta enjin, malah penggunaan bahan api juga lebih jimat!
-
Enjin
Biasanya, kereta akan dihantar servis setiap 10,000 kilometer. Tapi untuk Hari Raya, apa salahnya kalau tukar minyak hitam dan oil filter dan invest sedikit wang untuk servis bahagian enjin. Maklumlah, kita bakal tempuhi perjalanan yang jauh. Jadi, penting untuk pastikan enjin dalam keadaan tip-top.
Untuk prestasi terbaik, gunakan minyak pelincir Shell Helix. Shell Helix dengan PurePlus Technology merupakan minyak pelincir sintetik pertama di dunia yang direka khas daripada sumber gas asli bagi memberikan prestasi enjin yang tahan lebih lama.
.
-
Brek
Setiap kali pandu kereta, mesti kita akan gunakan brek untuk memperlahankan kenderaan. Penting untuk pastikan brake pads masih tebal. Kalau sudah haus, cengkaman brek akan jadi tidak kuat dan sekaligus boleh mudah terbabas. Brake discpun boleh rosak disebabkan kurang support daripada ketebalan brake pads.
-
Aircond
Untuk aircond, kereta baru mungkin tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau kereta dah lebih 3 tahun, seelok-eloknya pergi periksa. Paling kurang dapat juga tukar filter atau masukkan gas. Mana boleh bawak kereta tak ada aircond kat Malaysia ni.
-
Balancing and alignment
Bukan setakat tayar, balancing and alignment tayar pun penting. Kedudukan pusingan tayar yang betul, tidak bengkok, sama seimbang dan selari dengan stereng kereta akan menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa. Tak mahal, dalam RM50 je bila servis. Kalau rim tayar bengkok, nak drive pun rasa tak selamat.
-
Segala lampu yang ada pada kereta
Yang ini straight to the point. Lampu merupakan antara komponen terpenting dalam pemanduan selamat. Pastikan semua lampu berfungsi dan menyala. Periksa satu per satu lampu. Jangan malas.
-
Tayar spare
Tayar spare ada dalam kereta tak? Kalau ada, pastikan tayar itu ada angin dan boleh digunakan. Sia-sia je kalau bawa tayar spare tapi tak boleh pakai. Tayar inilah yang akan jadi penyelamat sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada tayar kereta anda di tengah perjalanan.
-
Air wiper
Inilah antara perkara paling senang tapi ramai yang lupa nak buat. Sebelum nak berjalan jauh, pastikan isi air sampai penuh ke dalam tangki wiper. Boleh juga isikan air sabun supaya cermin kereta lebih bersih dan licin. Kuranglah sedikit bunyi bising ketika sedang pasang wiper. Kan lebih selesa.