Artikel iniĀ akan membincangkan bagaimana cara memandu kereta manual yang secara umumnya menggunakan minyak petrol. Kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan disel sangatlah berbeza dari segi permulaan kenderaan tersebut.
Artikal ini akan mengongsikan bagaimana cara memandu kereta manual dan bagaimana untuk menggerakkan kereta manual.
Cara Gerakkan Kereta Manual
Langkah 1
Kenali Pedal minyak, brek, clutch :-
- Pedal clutch berada pada sebelah kiri.
- Pedal brek berada ditengah
- Pedal minyak berada pada sebelah kanan.
Menggerakkan kereta manual mestilah menggunakan kedua-dua kaki iaitu kaki kanan mengawal pedal minyak & break manakala kaki kiri mengawal pedal clutch
Langkah 2
- Pastikan gear kereta berada dalam keadaan Free Gear sebelum menghidupkan engine kenderaan.
Langkah 3
- Lepaskan handbreak, kaki kanan hendaklah menekan pedal break jika berada diparking yang berbukit.
- Tekan clutch sehingga menjejak lantai
- Kemudian masukkan gear 1 dengan cermat dan betul mengikut alur gear box.
- Clutch dilepas separuh sekitar 50% secara perlahan-lahan bukannya secara mengejut kerana ia akan mematikan engine sekiranya secara mengejut.
- Kenderaan anda akan mula bergerak kehadapan secara perlahan, jika terasa kenderaan anda bergegar semasa hendak menggerakkan kenderaan, kaki kanan mestilah menekan sedikit pedal minyak sekitar 10%
- Apabila kenderaan anda mula bergerak dengan lancar, lepaskan pedal clutch 100% dan anda hanya akan mengawal pedal minyak sahaja.
Sekiranya anda terlebih menekan minyak akan menyebabkan kenderaan anda mengerang. Kawal stereng anda. Apabila kenderaan anda bergerak dengan stabil dalam 15km-25km ikuti langkah-langkah seterusnya.
Langkah 4
Menukar Gear :-
- Bagi mereka yang pakar, RPM adalah sebagai rujukan mereka untuk menukar gear ketika mendaki bukit, memecut dan sebagainya.
- Bagi orang baru rujukan yang paling sesuai untuk menuakar gear adalah pada meter kelajuan.
- Tukar gear kepada gear 2 sekiranya bergerak stabil 15km-25km.
- Tukar kepada gear 3 sekiranya kereta bergerak pada kelajuan 30km-40km.
- Tukar ke gear 4 sekiranya kereta bergerak pada kelajuan 60km-100km.
- Seterusnya tukar gear kepada gear 5 sekiranya anda memandu dalam keadaan jalan raya yang baik dan selesa.
Pastikan clutch ditekan sehingga menjejak lantai setiap proses menukar gear berlaku
Langkah 5
Cara menggunakan brek dan mengelak dari berlakunya engine mati di tengah jalan :-
- Ketika mengekori kenderaan dari belakang untuk memotong dalam kelajuan 60km keatas, anda mestilah bermain dengan pedal brek.
- Anda juga tidak perlu menekan clutch sebaliknya anda boleh terus menekan pedal brek untuk memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya kelajuan kenderaan anda dibawah 30km, anda perlu menekan pedal clutch terlebih dahulu sebelum menekan brek.
- Jika berhenti di lampu merah tekan padel clutch sehingga menjejak lantai, kemudian tekan pedal brek sehingga kenderaan berhenti.
- Tukarkan ke Free Gear, tarik handbrek dan lepaskan clutch.
- Sekiranya anda melalui jalan lampu isyarat yang sedikit berbukit. Anda perlu pandai mengawal pedal clutch dan pedal minyak semasa hendak bergerak semula.
Itulah diantara sedikit sebanyak cara-cara memandu kereta manual yang dapat kita kongsikan, semoga berguna dan bermanfaat untuk semua pembaca
Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah: