Artikal ini akan membincangkan bagaimana cara-cara untuk menjaga kereta anda dengan sempurna. Di sini kkleisure.com akan mengongsikan sedikit sebanyak tentang Tips Penjagaan Kereta.
1. TAYAR
- Pastikan tekanan udara pada tayar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar mudah retak, pecah dan permukaan tayar akan lebih cepat botak.
- Anda boleh menggukur tahap tanda kehausan tayar dibahagian tengah bunga tayar.
- Pastikan bunga tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika tanda tersebut lebih daripada ukuran yang telah ditetapkan bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan.
- Anda perlu menukar tayar dengan segera.
- Periksa tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
2. MINYAK ENJIN
- Minyak enjin amatlah penting untuk memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak menjadi masalah.
- Minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh masa penggunaan atau jumlah jarak perjalanan.
- Minyak enjin jenis semi-sentetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penih boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan.
- Jangan biarkan minyak dalam enjin melebihi had yang telah ditetapkan kerana ia boleh meninggal keledak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Selain itu, akan menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.
- Anda juga boleh mengetahui sukatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “Dipstick”.
- Anda juga disyorkan menukar penapis minyak (Oil Filter) setiap kali anda menuklar minyak enjin.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
3. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)
- Spark plug hendaklah ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya 30,000 km sehingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis dan akan menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah.
- Enjin kereta akan terasa seperti “Semput” kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
4. BATERI
- Terdapat dua jenis bateri iaitu kering dan basah.
- Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta dengan hanya melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tempat untuk mengisi air suling dan sel kering sebaliknya.
- Bagi bateri basah anda perlu membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh masa 2 tahun.
- Bateri basah akan kehilangan cas selepas 6 bulan sekiranya bateri menjadi kering.
- Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak berbanding dengan bateri lain.
- Jika anda sukar untuk menghidupkan enjin, berkemungkinan masalah tersebut berpunca daripada bateri yang kehilangan cas.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
5. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)
- Penapis perlu ditukar setiap 20.000 km untuk melancarkan penapisan penyedutan udara keluar masuk ke injection.
- Anda juga boleh mendapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
6. CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID ATF)
- Cecair ini hanya digunakan pada kereta yang bertransmisi automatik. Kebiasaannya, panduan kereta anda akan mencadangkan cecair ini ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km sekiranya ingin menjimatkan kos.
- Sekiranya penukaran ini diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear, ini boleh menyebabkan perbelanjaan besar.
7. MINYAK GEAR (GEAR OIL)
- Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF sebaliknya minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
8. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)
- Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih.
- Anda juga boleh mengosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator Flush).
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
9. TALI SAWAT (BELT)
- Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda dikenali sebagai timing belt.
- Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin.
- Servis tali sawat anda jika berlakunya tali sawat haus dan longgar.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
10. BREK
- Anda perlu memriksa brek disc serta lapisan brek disc setiap 15000 km.
- Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula mengeluarkan bunyi bising.
- Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlulah diganti.
- Kadar kehausan ketebalan pelapik brek pad yang dibenarkan adalah tidak kurang dari 2 milimeter. Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang daripada 2 milimeter, hujung klip akan bergesel menyentuh brek disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brek pad dan ia harus ditukar dengan segera.
- Pelbagai masalah juga akan berlaku yang dikenali sebagai secondary defect. Antaranya brek disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brek disc akan hangit(terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.
TIPS PENJAGAAN KERETA kkleisure.com
Semoga apa yang dikongsikan akan memberi manfaat kepada semua pengguna untuk memastikan kenderaan kita sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna untuk memudahkan perjalanan dekat mahu pun jauh.
Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah: