7 Tips Persediaan Sebelum Pergi Melancong

Melancong adalah aktiviti yang merehatkan minda bersama kawan-kawan atau keluarga. Sebelum melancong mahupun pergi bercuti, anda perlu tahu perancangan percutian anda supaya tidak membazir, dan memastikan percutian berjalan dengan lancar. Perancangan kewangan adalah penting bagi mengelakkan daripada kekusutan selepas percutian.

Disini kkleisure.com ada 7 tips persediaan sebelum pergi melancong yang telah dikumpul dan diringkaskan bagi memudahkan anda merancang percutian dengan lebih tersusun.

 

1. Tentukan Tempat Dan Perancangan Untuk Percutian

Pertama sekali, anda perlu menyenaraikan lokasi yang anda ingin pergi. Buta senarai pendek dan buat perbincangan bersama ahli keluarga.  Untuk menjimatkan masa rancang lokasi menarik untuk  dikunjungi dalam masa sehari. Melalui perancangan yang teliti, anda boleh mengetahui bayaran tambang dan jenis kenderaan yang sesuai untuk ke destinasi percutian kkleisure.com

2. Tempah Awal

Lebih baik membuat tempahan lebih awal, tiket bas awal bagi mendapatkan harga yang murah, begitu juga dengan penginapan hotel, jika di tempah pada saat-saat  akhir berkemungkinan akan  lebih mahal ataupun kehabisan bilik untuk penginapan lagi-lagi pada musim perayaan kkleisure.com

 

 

3. Urus Bajet Dan Wang Tunai

Wang tunai pastikan mencukupi, kadang-kadang tempat yang anda lewati tiada mesin ATM. Jika anda seorang yang suka bercuti, anda pasti sudah mengetahui dengan cara penyimpanan wang yang selamat. Betul bukan ? Bagi yang tidak tahu wang mestilah diletakkan ditempat yang selamat dan elak daripada meletak didalam dompet atau tempat yang banyak wang di bahagian yang mudah untuk dicapai oleh penyeluk saku.

Urus bajet supaya anda tidak mengalami kekusutan selepas habis percutian. Pastikan penukaran wang mencukupi untuk membeli cenderahati, makanan dan sebagainya. Ia akan menjadikan percutian menjadi lebih seronok. kkleisure.com

4. Dokumen Penting

Pastikan dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, tiket kapal terbang sentiasa bersama anda walau dimanapun anda berada. Datang awal ke lapangan terbang yntyk mengelakkan masalah yang tidak diingini kkleisure.com

 

5. Kurangkan Pakaian

Tidak perlu membawa barang dan pakaian yang banyak ketika melancong, bawa pakaian yang bersesuaian ke destinasi yang hendak di tuju. Sediakan beg plastik untuk mennyimpan pakaian kotor supaya dapat diasingkan daripada pakaian bersih.

Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda sendiri. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci untuk mengelakkan individu yang tidak bertanggungjawab membukanya kkleisure.com

 

6. Peta

Anda boleh mencetak peta sesuatu lokasi atau setibanya anda di destinasi yang dituju. Ini akan memudahkan andauntuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan kkleisure.com

7. Nikmati Percutian

Selepas anda telah urus bajet yang sesuai dengan tempat destinasi yang ingin ditujui anda perlulah nikmati percutian itu, pergi ke tempat-tempat bersejarah, menarik dan yang penting makanan halal bagi yang beragama islam. kkleisure.com

 

Itu saja tips yang bermanfaat untuk para pelancong sebelum pergi melancong ke suatu tempat. Semoga 7 Tips Persediaan Sebelum Pergi Melancong ini berguna untuk anda diluar sana. kkleisure.com

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

    You may also like...