TIPS KESELAMATAN UNTUK PENGGUNA JALAN RAYA

Adakah anda sering kali terdengar berita tentang kemalangan di jalan raya? Mungkin di televisyen, di radio ataupun ianya telah terjadi di depan mata anda.

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir setiap hari. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat penting.

Tips di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih dititikberatkan pada masa hadapan.

Jom baca!

 1. Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.

 

 

Jangan malas untuk memakai tali pinggang keledar kerana ia dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat. Nak pergi kedai dalam jarak 1 KM pun kena pakai tau!

  

 2. Pakai dan ketatkan topi keledar.

Bagi penunggang motosikal & juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian kepala anda. Dan, ketatkan tali semasa memakainya! Jangan setakat pakai, tapi talinya longgar. Nanti ia tidak memberi perlindungan yang sepenuhnya dan mungkin akan berlaku kecederaan jika terlibat dalam kemalangan.

 

  3. Jangan pandu laju & awasi had laju.

 

Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong paling kanan. Ingat, sentiasa berwaspada! Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan. Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya nanti. Jika brek secara tiba-tiba, bahaya kan? jadi berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan anda.

 

 4. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.

Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Jangan melintas sesuka hati. Bahaya! Lihat kiri & kanan dulu sebelum melintas ya. Terlalu fokus dengan telefon bimbit ketika hendak melintas jalan raya boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap anda.

 

5. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut ya. Berikut beberapa kepentingan kenapa kerusi keselamatan untuk kanak-kanak mesti ada ;

I. Keselamatan dan keselesaan

Kita selalu lihat perkara ironik yang berlaku disekeliling, contohnya penunggang dan pembonceng dewasa memakai topi keledar tetapi anak kecil yang turut sama membonceng dibiarkan menikmati angin-angin sepoi bahasa. Itu adalah salah, dan senario yang sama turut berlaku apabila kerusi yang betul tidak disediakan untuk kanak-kanak. Memandangkan fizikal tubuh kanak-kanak tidak sama dengan orang dewasa maka mereka memerlukan kerusi yang dicipta khas

II. Melekap di kerusi

Jadi apakah yang membuat kanak-kanak itu selamat? Di antaranya ialah anggota badan atas seperti dada dan anggota bawah seperti peha diikat kemas pada tali pinggang. Untuk kereta yang mempunyai cangkuk seperti top tether pula, kerusi kanak-kanak itu tersangkut dan pergerakan kerusi menjadi terhad sewaktu kemalangan berlaku.

III. Mengelakkan daripada terpelanting

Ini biasa kita dengar. Penumpang atau pemandu maut selepas terpelanting atau tercampak dari kenderaan. Tahukah anda siapakah yang jarang menemui ajal apabila tercampak daripada kenderaan pada kelajuan beratus kilometer sejam? Buka YouTube dan tonton pelumba MotoGP. Bezanya mereka dengan orang awam lain ialah pelumba profesional itu terlatih. Mereka berlatih untuk jatuh namun itu tetap tidak menghalang sebarang kecederaan atau kematian. Memandangkan ramai daripada kita ini tergolong dalam kategori orang awam maka eloklah kerusi kanak-kanak dipasang dan diikat kemas.

IV. Menerapkan nilai murni

Bahasa Melayu sekali lagi hebat apabila bercakap mengenai kata bidalan, bapa borek, anak rintik. Sememangnya pendidikan perlu diterap dari usia muda lagi. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan mereka akan mencontohinya. Ia diwarisi dan alangkah mulianya jika ibu bapa berjaya menerapkan nilai-nilai keselamatan ini sejak daripada kecil lagi.

 

  6. Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.

 

Ada tak dalam kalangan anda yang suka menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet & sosial media semasa memandu? Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda leka semasa memandu!

Terdapat tiga jenis gangguan yang diklasifikasikan oleh pakar trafik: Manual, visual dan kognitif.

 

  • GANGGUAN MANUAL berlaku apabila pemandu mengalihkan tangan dari stereng ataupun gear ketika mengedalikan kenderaan. Sebagai contoh, anda mengambil botol air dari tempat pemegang bekas minuman.
  • GANGGUAN VISUAL berlaku apabila fokus penglihatan pemandu tidak lagi ke arah jalan raya. Sebagai contoh, anda mengalihkan pandangan mata ke arah air minuman yang tertumpah di lantai.
  • GANGGUAN KOGNITIF pula berlaku apabila anda berkhayal, fikiran melayang-layang dan tidak lagi menumpukan perhatian kepada pemanduan. Mungkin kita berfikir tentang hidangan apa yang isteri masak di rumah ataupun berangan-angan mahu bercuti di negara langit bersama suami tercinta. Ini juga di anggap sebagai gangguan kognitif.

 

Jika anda cuba fahamkan secara mendalam jenis-jenis gangguan ketika pemanduan, anda akan menyedari bahawa jika anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu, ia meliputi kesemua jenis gangguan yang telah dinyatakan di atas.

 

  7. Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.

 

Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda brek kecemasan.

Topik Peraturan Jarak soal penting kepada seorang pemandu. Dengan peraturan-peraturan jarak yang betul, di harapkan dapat kurang kadar kemalangan di jalan raya.

Empat peraturan jarak yang penting yang saya akan ketengahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ialah:

1) Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat.

Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 3 saat.

Peraturan ini khas untuk mengekori motorsikal. Berbeza dengan kereta, motorsikal di anggap kenderaan bahaya.

Penunggang dan pemboncit tidak terlindung. Ia beroda dua.

Di nasihatkan, jauhi daripadanya sewaktu memandu. Amalkan sekurang-kurang 3 saat sebagai langkah keselamatan.

3) Peraturan 4 saat.

Semasa waktu hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.

Apa yang di ertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.

Ingat bahawa melanggar kereta depan, merupakan suatu kesalahan traffik.

Berkait dengan topic ini, saya rasa penting saya ingat para pemandu 2 perkara:

  1. i) Kenderaan tayar sama ada atau tidak berbunga harus di ambil kira juga.
  2. ii) Sekiranya melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300 (tidak dapat mengawal kenderaan Seksyen 119 (2)).

4) Peraturan 12 saat.

Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori and treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan.

Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.

Di atas adalah 4 peraturan jarak yang penting, yang di harapkan dapat membantu anda menjadi seorang pemandu yang lebih cekap.

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

     

     

    You may also like...