Shift Lock
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Fungsi shift lock ini digunakan untuk menukar gear P ke gear N ketika enjin mati. Fungsi ini berguna apabila enjin anda tidak boleh dihidupkan contohnya ketika towing process kkleisure.com
Traction Control System (TCS)
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Berkemungkinan sesetengah pengguna kenderaan tidak menyedari kewujudan TCS. Sebenarnya TCS berfungsi secara automatik, dan butang ini sebenarnya berfungsi untuk memadamkan fungsi TCS membantu meningkatkan ciri keselamatan kereta anda dengan mencegah tayar anda tergelincir ketika anda memandu. Ini sangat berguna untuk pemanduan ketika hari hujan. Kebiasaannya TCS dimatikan ketika tayar kereta anda tersekat di dalam lumpur atau lopak air. kkleisure.com
Hazard Lights
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Lampu ini berfungsi untuk memberikan amaran kepada penguna lain jalan raya tentang bahayanya (kenderaan anda) di sekeliling mereka. Namun begitu, ramai pemandu melakukan kesilapan dengan memasang lampu ini ketika hujan lebat. Ini boleh mengelirukan pemandu lain. Sebenarnya lampu ini digunakan sekiranya anda sedang berhenti atau sedang memperlahankan kenderaan untuk berhenti. kkleisure.com
Cruise Control
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Cruise Control adalah sistem yang mengawal kelajuan kereta anda pada kelajuan yang ditetapkan oleh pemandu. Fungsi ini sangat berguna dalam membantu pemandu mengikuti had kelajuan jalan raya yang ditetapkan justeru mengelakkan anda disaman pihak berkuasa. Fungsi ini boleh dimatikan dengan menekan butang batal atau menekan injak brek. kkleisure.com
Tuil Atau Suis Pada Cermin Pandang Belakang
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Suis pada cermin pandang belakang seharusnya berada dalam posisi ditolak ke belakang semasa keadaan normal. Suis ini biasanya digunakan pada waktu malam (tolak ke depan) untuk mengurangkan silau cahaya kenderaan di belakang. kkleisure.com
Fungi ini sangat berguna apabila lampu kenderaan dibelakang selaras dengan mata pemandu untuk mengelakkan gangguan pada tahap penglihatan pemandu. kkleisure.com
Stick Rahsia
Fungsi kereta yang anda mungkin tidak tahu. Stick ini ramai yang tidak tahu kewujudannya akan tetapi ada sesetengah pengguna yang tahu tetapi ramai yang lupa akan fungsinya. Stick ini terletak dibelakang stereng. kkleisure.com
Cara untuk menggunakannya amat mudah anda hanya perlu menolak stick itu ke atas dan bawah sahaja mengikut arah pusingan stereng anda. Bila stick ini digunakan muncul lampu berkelip-kelip di paparan kereta anda serta di bahagian luar kereta anda.
Lampu ini sangat berguna untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain bahawa anda ingin membelok atau menukar lorong. Apa yang pasti, jika lebih ramai menggunakan stick rahsia ini, risiko kemalangan juga akan berkurangan. kkleisure.com
Jadi pastikan anda sentiasa menggunkannya. Jangan lupa kongsikan pengetahuan ini kepada sanak saudara kita agar jalan raya kita menjadi lebih selamat. kkleisure.com