Seperti yang diketahui umum, bidang pelancongan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Selain itu kedatangan pelancong menjadikan negara kita terkenal di dunia.
Terdapat banyak cara untuk menarik pelancong supaya datang ke negara kita. Antaranya, pihak-pihak berkenaan dan agensi yang terbabit dengan pelancongan perlu giat mempromosikan negara kita ke luar negara.Mereka perlu menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini. Contonya terdapat iklan Tahun Melawat Malaysia yang disebarkan secara meluas pada kapal terbang yang berulang alik ke luar negara.
Selain itu, kita juga boleh mewujudkan kawasan pelancongan yang bersumberkan keindahan alam sekitar. Sebagai contoh memelihara dan memulihara kawasan-kawasan semula jadi seperti Hutan Lipur Blum dan Tasik Kenyir. Kawasan hutan semula jadi negara kita kaya dengan tumbuhan yang boleh menarik minat pelancong seperti bunga Refelisia dan Tongkat Ali.
Kemudahan awam dan frasarana juga harus dimajukan dan dipertingkatkan.Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke negara kita inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan dan pihak tertentu wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan, penginapan seperti hotel-hotel bertaraf lima bintang dan juga memajukan bidang komunikasi.
Kebersihan dan ketenangan juga boleh menjadi satu sebab pelancong ingin datang ke negara kita. Ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Sebagai masyarakat yang bercita-cita mahu menjadikan negaranya maju dan menjadi perhatian dunia, aspek kebersihan harus diberi fokus utama.Masyarakat harus dididik agar tidak membuang sampah sesuka hati. Lihatlah negara Jepun yang sudah terkenal dengan masyarakatnya yang pembersih dan rajin bekerja.
Layanan istimewa dan mesra juga harus menjadi budaya masyarakat kita. Sebagai langkah permulaan, kita perlu mempelajari serba sedikit bahasa asing bagi menyapa pelancong yang berkunjung. Setidak-tidaknya layanilah pelancong dengan memberi sedikit senyuman. Langkah ini akan mengingatkan pelancong kepada masyarakat kita yang mudah mesra.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah juga menjadikan negara kita terkenal. Masyarakat luar pastinya mahu melihat tinggalan sejarah seperti kubu A Famosa dan Kota Ngah Ibrahim di Matang yang ada kaitan dengan sejarah penjajahan di negara kita. Sebenarnya masih banyak lagi ruang yang boleh diberi perhatian untuk membangunkan industri pelancongan negara dan menggalakan pelancong luar datang ke negara kita. Sebagai warganegara yang peduli, kita boleh bersama-sama membantu kerajaan memajukan beberapa bidang lain seperti kebudayaan setempat dan masakan tradisional.
Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah: