Info Penting Pemandu Wanita Perlu Tahu Tentang Kereta

Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang tidak lagi akan peduli apa yang berada dibelakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Artikel ini akan mengongsikan info mengenai apa yang patut anda tahu dan perkara wajib tentang kereta anda.

1. Ketahui Model, Tarikh Keluaran dan Pembuatan

Bila mana anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda. kkleisure.com

 

2. Kenali Bahagian Asas Kereta dan Fungsinya

Terdapat 10 bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu untuk mengenalpasti sebarang kerosakan dengan lebih cepat.

Bateri kereta :

  • Bateri digunakan sebanyak 3% semasa enjin dihidupkan sebelum pengisian semula. Amat penting untuk mengenal pasti jika bateri kereta anda sudah kering, Pastikan double check keadaan air bateri anda kkleisure.com

Axle :

  • Ini adalah bahagian ‘Tulang Kaki’ kereta anda bahagian yang memegang tayar. Axle bukanlah perkara mustahak tapi perlu dititikberatkan jika anda sering memandu dilaluan berbatu sehingga melanggar bahagian bawah kereta. Karat juga penyebab axle menjadi rosak dan tidak berfungsi.

Brek :

  • Terdapat  dua jenis brek iaitu brek servis, bertindak sebagai brek kecemasan atau brek parking dan bagi kereta moden masa kini ia menggunakan jenis hydraulic atau cecair. kkleisure.com

Pistons :

  • Sebagai pengawal kegunaan kuasa kereta. Saiz dan kelajuan gerakan pistons menentukan kuasa RPM sesebuah kereta.

Radiator :

  • Bahagian yang menjaga suhu enjin. Awas jangan sampai radiator berkarat kerana untuk menukar ganti yang baru amat mahal.

Kompresor Penghawa dingin :

  • Masalah yang sering dihadapi ialah bocor, jadi jika menghadapi sebarang masalah ini terus berjumpa dengan mekanik anda. kkleisure.com

Tayar ganti :

  • Cukuplah anda membawa tayar ganti jika mengembara jauh sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku tayar kereta anda pecah atau bocor. Pilih tayar ganti yang kompak dan bersaiz kecil ‘donut tire’.

Jack kereta :

  • Jack kereta digunakan sebagai alat untuk menggantikan tayar yang pecah ataupun bocor. Ada pelbagai jenis pilihan saiz dan mengikut berat. Sentiasa praktikkan penggunaannya.

Spark Plug :

  • Merupakan jantung kereta anda, digunakan sebagai pencucuh elektrik yang mengeluarkan bunga api untuk menghidupkan enjin. kkleisure.com

Penapis udara :

  • Penapis udara bahagian yang membersihkan udara dari debu, asap dan kotoran. Ada dua penapis udara didalam kereta anda iaitu dibahagian enjin dan kabin kereta. Pastikan penapis udara anda sentiasa bersih jika anda selalu berada didalam kereta.

 

3. Tayar Kereta.

Tayar kereta sangatlah penting untuk kereta bergerak kemana-mana sahaja, tetapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesua dengan kelebaran ring tayar kereta anda. kkleisure.com

 

4. Sediakan jadual servis kereta anda

Setiap kereta apabila mencecah per kilo meter yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.

 

5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta

Sentiasa pastikan kabel jumper berada didalam kereta, tanpa kita sedar kita memerlukannya ketika bateri kereta habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang  kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negetif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan dipermukaan berlogam dan tidak bercat, bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati. kkleisure.com

 

6. Simpan nombor telefon mekanik

Siapa tahu anda mungkin terlibat dengan kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta servis terdekat, anda boleh menghubungi mekanik tersebut. Pastikan anda mengenali mekanik tersebut.

Semoga info yang disampaikan oleh artikal ini dapat membantu para pemandu wanita untuk menjadi pemandu yang berhemah.

 

Anda sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu Sabah? Jimat masa anda dan tempah kereta sewa anda di
[dt_button link=”https://kkleisure.com/car-rental-sabah/” target_blank=”false” button_alignment=”default” animation=”fadeIn” size=”medium” style=”default” bg_color_style=”blue” bg_color=”#333333″ bg_hover_color_style=”custom” bg_hover_color=”#444444″ text_color_style=”custom” text_color=”#ffffff” text_hover_color_style=”custom” text_hover_color=”#dddddd” icon=”fa fa-chevron-circle-right” icon_align=”left”]KERETA SEWA SABAH[/dt_button]
Atau jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kereta sewa Kota Kinabalu dan pakej pelancongan ke Sabah, anda boleh hubungi kami di bawah:

    You may also like...